Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC)

Hi semua, apa khabar?

Harapnya semua sihat-sihat belaka ya.

Harini kami nak kongsikan tentang Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) yang terletak di seksyen 15 Shah Alam.

IDCC merupakan salah satu tempat yang menawarkan dewan untuk mesyuarat, konvensyen, perkahwinan dan pameran.

Visi IDCC adalah untuk menjadi rumah acara tempatan & antarabangsa yang terkemuka.

Percaya atau tidak, IDCC mengalu-alukan purata 500,000 pelawat.

IDCC juga mempunyai lebih daripada 500 acara setiap tahun.

Anda pernah dengar tentang Malaysia Book of Records?

IDCC telah dianugerahkan dan disenaraikan dalam Malaysia Book of Record kerana menganjurkan Largest Banquet Hall sebanyak 151,359 kaki persegi pada 1 November 2015.

Kemudahan yang ada di IDCC

Lihat gambar kat atas, tu lah dewan yang ada kat IDCC.

Macam mana?

Besar kan dewan tu, saiz dewan tu boleh dilaraskan ke dalam 11 dewan.

Dewan ini memuatkan 8,000 pax banquet capacity.

Dewan ini boleh ditempah untuk annual dinners, seminars, conferences, graduation, wedding and exhibition events.

IDCC dilengkapi dengan kemudahan untuk penggunanya.

IDCC mempunyai pasukan mereka yang menawarkan perkhidmatan perundingan bagi memastikan event anda berjalan lancar.

Lihat pula gambar di bawah, gambar ni saja dah menunjukkan betapa besar dan panjangnya IDCC ni.

Kalau lihat dari gambar, Nampak macam x banyak tempat parking kereta kan.

Jangan risau wahai pembaca sekalian, IDCC mempunyai 3,000 tempat letak kereta percuma.

3,000 tempat kereta tu, banyak tu.

Dah tak perlu nak pusing bangunan 2 ke 3 kali untuk mencari tempat parking.

Tapi…

Kalau tempat parking tu penuh lain lah cerita kan tapi jarang lah akan penuh 3,000 tempat parking. (Dijamin)

BERITA BAIK SEBAIK-BAIKNYA!!!!

Kepada mereka yang mahu mengadakan perkahwinan di IDCC.

Mereka akan bantu anda dari segi konsultasi, tempat perkahwinan, catering, hiasan, pakaian dan khidmat photography.

Mereka juga menerima tempahan perkahwinan untuk kaum cina dan india.

Lihat gambar di bawah, nilai lah sendiri apa yang mereka akan lakukan untuk wedding anda. 

Ini sedikit saja gambaran servis yang mereka akan bagi.

Penginapan

Kepada anda-anda di luar sana yang duduk jauh dari IDCC.

Anda telah menempah dewan di IDCC untuk suatu event.

Tapi…

Tiada saudara mara atau rakan-rakan yang dekat dengan IDCC untuk spent masa rehat anda setelah jauh perjalanan.

Jangan takut jangan risau.

Berdekatan dengan IDCC terdapat 2 hotel yang boleh ditempah untuk anda bermalam (berehat).

Pegasus Hotel

Pegasus hotel merupakan hotel yang paling dekat dengan IDCC.

Anda hanya mengambil masa sebanyak 1 minit jika menaiki kereta untuk ke sana. (Info dari google maps)

Hotel ini menyediakan empat jenis bilik. Lihat gambar di bawah.

Budget Hotel – Pegasus Inn

Pegasus inn pula tidak lah terlalu jauh dan agak dekat dengan IDCC. Jika menaiki kereta, anda mengambil masa 3 minit untuk sampai ke sana. (Info dari google maps)

Hotel ini pula menyediakan 3 bilik. Lihat gambar di bawah.

Nampaknya sampai sini saja lah kami bercerita tentang IDCC.

Minta maaf kerana info yang dikongsi ini terlalu sikit.

Ini saja lah info yang kami dapat tentang IDCC.

Oh, sebelum saya terlupa, kat bawah ni saya sediakan alamat dan contact number IDCC dan 2 hotel yang ada berdekatakan IDCC.

IDCC : Ideal Convention Centre Shah Alam, IDCC Mall Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15 Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor.

Contact Number IDCC: 03-5031 3333

Pegasus Hotel : Pegasus Hotel Shah Alam L, Jalan Pahat L 15/L, Dataran Otomobil Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Contact Number Pegasus Hotel: 03-5036 8888

Pegasus Inn : 12, Jalan Pahat G 15/G, Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Selangor.

Contact Number Pegasus Inn: 03-5523 9515

Btw, mungkin anda ada terfikir kenapa kami bercerita tentang IDCC ni.

Untuk maklumat anda, ofis kami berada dekat dengan IDCC.

Mungkin ramai yang tak tahu, Ofis kami ni menawarkan perkhidmatan membuat laman web.

Sekiranya anda mahu membuat website boleh lah ke official website kami.

Layari website kami creater.com.my

Terima kasih sebab sudi membaca perkongsian ini.