Checkers (Pasaraya, Bukan Permainan)

Assalamualaikum gais, harini admin ada soalan yang agak menarik. Selalu jugak la admin terfikir pasal ni.

Kalau korang diberi RM100 untuk beli barang dapur , agak agak apa je yang korang boleh beli ?

Hmm berat je nak jawabkan ?

Bagi golongan berstatus bujang mungkin mereka takda masalah sangat.

Tapi kalau yang dah berkeluarga tu, sekali pergi beli barang dapur dah boleh cecah dua atau tiga ratus. Mak aihhh banyak tu..

Okay back to the point. Bagi siapa siapa yang duduk dekat area seksyen 15, admin ada benda baik nak share ni. Nak tahu tak ?

Korang pernah pergi Checkers tak ? Bukan checkers yang dam haji yang korang selalu main tu, ni checkers lain.

Mesti tak ramai yang pernah kan ? Hanya orang yang terpilih je dapat pergi Checkers.

Harini meh admin nak ajak korang jadi sebahagian daripada orang orang yang terpilih ni.

Admin pun sebenarnya baru je join geng geng terpilih ni huhu. Tapi tak best la kan tahu sorang sorang. Untuk cawangan di Seksyen 15 Shah Alam, admin akan share address di bawah, check it out.

Bagi mereka yang duduk dekat dekat area Seksyen 15 tu , boleh la cuba singgah dekat checkers ni. Mana tahu ada rezeki, boleh kita bersua muka. Kot kot jodoh ke siapa tahu kan ?

Sejarah Checkers

Jarang kita dengar atau baca tentang Checkers ni kan ?

Checkers Hypermarket sebenarnya telah ditubuhkan kalau tak silap admin dah lebih daripada 13 tahun dalam Malaysia ni.

Checker menggabungkan konsep pasar raya dan department store yang mana lebih memudahkan pelanggan mereka untuk mencari barang.

Checkers mengunakan konsep jualan pelbagai barang dibawah satu bumbung. Secara tak langsung, pelanggan tak perlu lagi nak pergi tempat lain.

Checkers Hypermarket kini beroperasi dengan 3 cawangan di Malaysia dan ibu pejabatnya berpusat di Shah Alam.

Kenapa Checkers tak popular ?

Bila dah tahu pasal checkers ni , korang terfikir tak kenapa Checkers ni tak popular ? Tak selalu jadi bualan netizen ?

Admin sendiri pernah tertanya tanya kenapa dan jujur admin cakap sebelum ni admin pun clueless pasal Checkers ni.

Bagi admin lah kan, diorang ni kurang popular sebab kedudukan yang tak strategic. Cawangan Checkers seksyen 15 ni terletak di kawasan kilang , so memang jarang lah kan orang nak pergi.

Dari segi marketing pun, kurang memberi impak. Iklan, ads ataupun website kurang memberi kesan dan tidak user friendly. 

Mungkin Checkers boleh jumpa kami di CreateR Technology Sdn Bhd untuk tolong boost kan tentang penjualan mereka hehehe…

Apa yang bestnya pasal Checkers ni ?

Okay firstly admin nak ceritakan lah sikit macam mana gayanya bentuk dalam Checkers ni. Korang jangan ingat tak popular ni tak cantik okay ?

Serious admin cakap dalaman Checkers ni memang lebih baik dari apa yang admin jangkakan. Sekali pandang macam gudang pun ada. Banyak kotak kotak tersusun rapi dekat satu sudut di belakang ala ala Tesco Extra.

Bahagian depan dan kaunter lebih kurang macam pasaraya yang lain je. Tapi sebab dia kurang popular kan , mesti ada yang pandang rendah. 

Tak percaya ? 

Meh admin belanja gambar sikit dekat bawah ni.

Cantikkan ? Haa tula admin dah cakap korang tak percaya.

Okay next thing yang best pasal Checkers ni ialah kemudahan awam yang mereka sediakan. Tempat parking dia wa cakap sama lu memang luas, depan pagar pun boleh parking. Superb beb! 

Lagipun kebiasaannya orang datang checkers ni tak lama pun. Datang sekejap , borong lepastu balik. Lagi lah banyak parking kosong kan ?

Kalau pasal harga pula, boleh dikatakan lagi murah daripada Giant dan Tesco. Cakap je apa korang nak beli mostly memang ada lah dekat Checkers ni.

Dari brand biasa sampailah brand mahal, korang cuma tinggal nak kena pilih je apa nak beli.

Bukan setakat barang harian dan borong je tahu, wet market pun ada. Ikan, daging, sayur dan buah buahan semua fresh tahu. Kiranya sekali datang korang boleh beli macam macam lah. Senang kan ? Harga pun murah.

Selain tu kemudahan yang disediakan memang terbaiklah. Trolley, bakul semua dalam keadaan terjaga, tersusun dah baik.

Okayy lah akhir kata admin memang sarankan korang datang dekat Checkers ni. Lagi lagi yang duduk area seksyen 15 Shah Alam dan yang berdekatan.

Dari parking sampai lah ke cashier semua memuaskan

Semoga info yang admin share kali ni dapat membantu korang berjimat cermat.

Eh sebelum admin lupa.

Alang alang korang dah sampai ke seksyen 15 tu kan , kalau korang ada nak buat website atau kenal siapa siapa yang nak buat website boleh la singgah dekat pejabat admin ni yang dinamakan CreateR Technology Sdn Bhd.

Pejabat admin memang menawarkan service membina website dari landing page sampai lah ke e-commerce.

E-commerce ? Apa benda tu ?

Alaaa yang macam Lazada, Zalora tu.

Kalau pasal service korang jangan risau, pihak kami menawarkan service yang berkualiti premium dan layanan VIP. Selain tu , kami menawarkan website berkelajuan tinggi dan paling best korang boleh uruskan sendiri tahu..

Haaa menarik kan ?

Kalau anda berminat boleh terus singgah ke alamat di bawah

No. 15-A, Blok 6, Jalan Pahat H15/H Dataran Otomobil Seksyen 15 40200 Shah Alam

Ataupun korang boleh layari terus ke creater.com.my

Okayylah sampai sini saja lah perkongsian admin pada harini. Semoga berjumpa di post yang akan datang. Jangan lupa promote ke kawan kawan sekali hehe.