Cara Buat Website dengan Mudah (Part 1)

CARA BUAT WEBSITE DENGAN MUDAH
(PART 1)

MARCH 6, 2018 BY NIK NURHASLIZA

Haii semua nak tau tak cara nak buat website dengan mudah ?

Haa kalau nak tau korang harus baca sampai habis , rugi kalau tak baca sebab admin nak share cara mudah buat website tanpa guna coding pun dan tidak perlu ambil masa yang lama.

Admin jamin lepas je korang baca sampai habis confirm korang akan faham dan terus nak buat website sendiri sebab article ni sangat membantu.

Kat sini admin nak share hanya 3 step yang perlu korang ikut:

Step 1: Pilih platform yang betul
Step 2: Dapatkan Domain Name & Web Hosting
Step 3: Set up tapak website korang

Ok jom baca sampai habis !!

Step 1 : Pilih platform yang betul

Kalau korang nak buat website yang mesra pengguna dan berfungsi dengan baik korang mestilah pilih platform(juga dikenali sebagai sistem pengurusan content) yang bagus.

Apa itu sistem pengurusan content(CMS) ?

Tau tak pada ketika dahulu nak buat website ambil masa sangat lama untuk menguasainya sebab dulu buat website kena guna coding seperti HTML ,CSS  dan banyak lagi laa.

Sebab tu lah kebanyakan orang nak buat website ni kena pikir panjang.

Ini kerana, untuk menguasai bahasa coding sangatlah sukar.

Tapi…

Itu semua tidak lagi benar kerana sekarang sistem pengurusan content seperti WordPress telah buat platform untuk buat website yang semua orang boleh access.

Secara ringkas, CMS ataupun platform website adalah platform yang mesra pengguna untuk buat website dan senang untuk menguruskannya.

Platform yang paling popular in 2018

Ok, korang boleh tengok statistic terbaru ini , WordPress adalah platform yamg paling popular (55%) diikuti oleh Joomla (20%) dan Drupal (11%).

How people build websites

Inilah sebabnya korang harus memilih WordPress untuk buat website

WordPress vs HTML & CSS :

Nak belajar HTML dari awal memang ambil masa yang sangat lama.

Tapi…

Kalau memang dah ada ilmu tentang HTML dapatlah membantu korang buat dengan lebih cepat.

Hmm tapi…

Kalau korang nak buat website dalam satu dua hari siap, HTML bukan pilihan yang bijak.

WordPress vs Pembina Laman Web:

Pembina laman web mahal lah korang dan sangat terhad.

WordPress vs Joomla & Drupal:

Drupal platform yang popular dengan pemaju web dan coders yang berpengalaman,tapi nak belajar tu sangat la susah.

Drupal pilihan yang buruk untuk beginner.

Kalau joomla pulak same je dengan wordpress, ianya sangat berfungsi untuk online stores,tapii korang perlu ada at least sedikit ilmu coding untuk menjadikannya berfungsi macam apa yang korang nak.

Tetapi untuk beginner, admin cadangkan korang gunalah WordPress

Sebab wordpress platform yang paling mudah nak guna , korang belajar kejap je dah faham cara nak guna macam mana.

Harap korang faham step 1 yang admin dah share tu.

Haa sekarang admin nak bagitau apa yang perlu korang buat sebelum admin share step seterusnya.

  • Pilih platform untuk buat website korang, admin sangat mencadangkan untuk guna wordpress kerana ianya senang dan sangat mudah difahami sebab nanti admin akan ajar korang buat website pakai wordpress.
  • Ok sekarang korang tak perlu install atau download apa2 pun sebab nanti next step admin bagitau korang.

Step 2: Dapatkan Domain Name & Web Hosting

Sebelum buat website korang perlulah ada dua perkara ni;

1. Nama domain adalah alamat web seperti yoursitename.com.
2. Web Hosting adalah tapak yang menghubungkan website korang ke internet.

Korang kena tau domain name dan web hosting ni berbayar tau.

Tapi…

Jangan risau harga bayarannya takde laa mahal sangat , harga lebih kurang kopi jerr.

Di mana korang nak dapatkan domain name dan hosting percuma?

Kebanyakkan orang menggunakan www.Bluehost.com sebagai web hosting dan mendaftar domain.

Bluehost sangat berpatutan , perkhidmatan untuk pelanggan sangat baik, dan sekarang mereka ada buat nama domain secara percuma.

Lepas korang dah dapat domain name korang juga akan dapat akaun email peribadi.

Haa sekarang korang dah ada dah nama domain dan web hosting , so sekarang admin nak share last step.

Eh… sebelum tu, korang mesti nak tau kan macam mana nak dapatkan nama domain dan hosting dengan bluehost kan?

Haa meh lah sini admin tunjuk ajar sikit.

Step 1 : Korang tekan Bluehost.com

Step 2 : Pilih plan website hosting yang korang nak.

Korang klik je kat “get started now” tu pastu korang boleh pilih plan hosting mana yang korang nak.

Pilih plan basic adalah pilihan yang terbaik untuk website baru tetapi plan plus dan prime adalah hebat tapi korang tak perlu ciri2 tambahan yang mereka tawarkan itu kecuali kalau korang dah ada berjuta orang yang membanjiri website korang setiap hari heeee.

Step 3: Pilih Nama Domain

Kalau korang nak buat website untuk perniagaan korang ,so nama domain mestilah
sesuai dengan nama syarikat korang. Contoh : yourcompanyname.com

Nama domain biasanya berakhir dengan .com, .org atau .net dan banyak lagi

Tapi admin nasihatkan takyah lah buat nama sambungan pelik2, hanya guna .com
.org atau .net sahaja.

Jika korang dah ada nama domain, korang just masukkan je dan klik “seterusnya”
pada form “saya mempunyai nama domain”

Step 4: Isikan butiran anda.

Haaa untuk buat akaun pulak korang kena masukkan maklumat peribadi korang pada halaman tu

Korang cuma letak nama depan , nama belakang, negara , alamat, bandar, ZIP code ,
nombor telefon dan email korang , segala maklumat tu nanti akan dihantar melalui
email korang

Pastu korang masukkan maklumat payment korang untuk meneruskan.

Step 5: Semak maklumat pakej dan pendaftaran selesai.

Korang dah berada di step yang last dah nii , tapi sebelum tu korang harus memilih
dahulu plan dan pakej yang korang nak daftarkan.

Dah selesai dah sekarang dan akaun korang dah siap

Step 6 : Kata laluan

Lepas korang dah bayar dan dah pun daftar korang perlu membuat kata laluan.

Haaa step 2 dah pun selesai , sekarang admin nak share step ke 3 tapi before tu korang perlu tahu apa yang patut korang buat untuk ke next step .

  • Korang perlu fikir untuk menghasilkan nama domain yang unik yang melambangkan website , perniagaan atau blog untuk masa depan korang.
  • Untuk keselamatan nama domain dan hosting korang admin cadangkan korang mendapatkannya dengan bluehost.com tapi korang boleh jer pilih mana2 host web yang lain , yang penting ia selamat dan mudah.

So…

Admin dah bagitau untuk step pertama dan kedua , harap korang faham apa yang admin sampaikan.

Dan untuk step last iaitu step 3 , admin akan share di next article so nantikan.

Jangan lupa baca di next article tau. TQ