Cara Buat Website-Dalam Masa Sejam (Part 1)

  • Home
  • Tips
  • Cara Buat Website-Dalam Masa Sejam (Part 1)

CARA BUAT WEBSITE – DALAM MASA SEJAM (PART 1)

MARCH 6, 2018 BY AHMAD NAILY

Nak website tapi tak tahu macam mana nak buat?

Dah Google tapi masih tak jumpa cara mudah nak buat website?

Haa, korang dah pun landing pada platform yang BETUL untuk buat website dengan MUDAH dan CEPAT.

Hi. Assalamualaikum guys. So, harini admin nak cerita sikit macam mana nak buat website hanya dalam masa sejam je.

“Kalau setakat sejam, senang lah sebenarnya nak buat website ni.” – kata Pak Maon.

Tak susah pun nak buat website ni, korang cuma perlukan TIGA LANGKAH mudah untuk siapkan satu website yang gempak.

3 Langkah Mudah untuk Siapkan Website Korang

Pilih jenis platform yang korang nak untuk buat webiste.

Pilih domain name yang sesuai untuk memudahkan pembaca mencari website korang.

Setup website korang, pilih tema yang sesuai dan customize untuk nampak lebih gempak.

5

minit untuk selesaikan.

5

minit untuk selesaikan.

50

minit untuk selesaikan.

Dah tahu langkah-langkahnya? Apa tunggu lagi?

Ayuhh kita mulakan.

Langkah 1: Pilih Platform yang Betul

Perkara pertama yang perlu korang buat ialah pilih platform yang betul untuk buat website korang.

Terdapat banyak CMS (content management system) yang berbeza untuk korang pilih.

Semestinya memilih platform yang betul menjadi keutamaan korang kan? Takkan nak pilih platform yang salah pulak untuk buat website korang.

So, buatlah pilihan bijak ketika memilih platform untuk website.

Untuk pengetahuan korang, nak buat website ni senang je walaupun untuk beginner yang tak ada banyak pengalaman tentang komputer.

Sesetengah platform memerlukan korang untuk tahu sedikit tentang HTML / CSS atau jenis coding lain, tetapi untuk beginner admin cadangan WordPress sebagai permulaan.

Ada 3 jenis platform pengurusan content yang biasa digunakan oleh web designer di dalam dunia ni.

WordPress

Drupal

Joomla

50

website menggunakannya.

18

website menggunakannya.

7

website menggunakannya.

Dan pemenangnya adalah….. WordPress.

WordPress merupakan platform CMS yang paling banyak digunakan untuk membuat website.

So, kat bawah ni adalah sebab-sebab kenapa ramai yang gunakan WordPress:

1. Mesra Pemakai & Mesra Pengguna

Platform WordPress sangat mudah digunakan.

Sekiranya korang mahir menggunakan Microsoft Word, lebih mudah untuk bina website korang sebab cara penggunaannya hampir sama dengan WordPress.

Gambar di atas menujukkan gaya penulisan WordPress dan Microsoft Word.

Satu lagi perkara yang menarik tentang WordPress ni, WordPress boleh menggunakan pelbagai plugin untuk customize website korang nampak lebih menarik.

Satu lagi perkara yang menarik tentang WordPress ni, WordPress boleh menggunakan pelbagai plugin untuk customize website korang nampak lebih menarik.

2. Responsive & Mobile Friendly

Sekarang ni zaman IT dan semua dihujung jari. Of course lah pengguna lebih gemar menggunakan telefon berbanding laptop.

Kalau korang nak tahu, WordPress ni ada function mobile friendly.

Senang kalau pengguna nak cari website korang di telefon, tak perlu bukak laptop dah.

3. Tidak Perlu Keluarkan Duit.

WordPress ni free je untuk sesiapa yang nak gunakannya.

Apa yang korang perlu buat cuma perlu beli domain dan hosting untuk start bina website korang.

Senang kalau pengguna nak cari website korang di telefon, tak perlu bukak laptop dah.

4. Ramai Pakar yang Sudi Membantu

Disebabkan platform ni banyak digunakan untuk membuat website, sudah tentu ada yang pakar dalam dunia WordPress.

So bila korang tersangkut dan tak tahu nak selesaikan masalah dalam WordPress, korang boleh rujuk pakar yang lebih arif tengtang platform ni.

Langkah 2: Pilih Domain Name yang Sesuai

BERITA BAIK!! WordPress.com menyediakan hosting free.

BERITA BAIK!! Anda boleh dapat domain name free di WordPress.

TETAPI,

BERITA BURUK!! Hosting yang WordPress.com sediakan sangat slow dan effect ranking webiste korang di Google.

LEBIH LAGI BERITA BURUK!! Dan domain yang WordPress bagi juga nampak tak professional.

Contoh: NamaWebsiteKorang.Wordpresss.com

Gambar di atas menunjukkan website yang menggunkan domain WordPress.com

So, untuk menampakkan website korang lebih professional dan aktif, admin galakkan korang beli jelah domain name tu.

Bukan mahal pun.

Yang penting korang ada hosting yang laju dan domain name yang nampak lebih gempak dan professional.

Contoh : www.NamaWebsiteKorang.com

Gambar di atas menunjukkan contoh website yang menggunakan domain name berbayar.

Secara teknikalnya, bila ada domain name sendiri ni tak perlulah korang menyewa dengan WordPress.

Kos Web Hosting dan Nama Domain

Pilih Hosting Plan Korang

Kebiasaanya harga nama domain dianggarkan RM144 - RM288 setahun. Memang berbaloi kalau korang beli kalau korang serious untuk buat website korang tu.

Kebanyakkan webiste yang di bina, termasuk creater.com.my, admin gunakan exabytes sebagai web hosting.

Search www.exabytes.my, isi nama domain yang korang nak guna dan klik pada button Check & Order Domain.

Kalau korang tengok gambar di bawah, ini adalah pakej harga setahun dan empat tahun yang exabytes offer untuk beli nama domain.

Ciri-ciri Nama Domain yang Perlu Dipilih

Memikirkan nama domain yang layak untuk website korang adalah perkara yang paling susah.

So cara mudah nak fikir nama domain, korang perlu memilih nama yang:

1. Catchy (Menarik perhatian pengguna)

2. Unik

3. Senang untuk diingati

Panduan Cepat Memilih Nama Domain

1. Senaraikan 10 Keyword

Fikirkan 10 keyword atau terms yang melambangkan website korang.

Dari 10 keyword yang korang cari tu, korang boleh gabungkan untuk dapatkan nama yang lebih unik dan gempak.

2. Pilih Nama Domain yang Unik

JANGAN BELI nama domain yang mengelirukan dan seakan sama dengan website lain. Gunakan nama yang unik.

Pastikan nama domain korang berbeza daripada orang lain.

3. Gunakan Dot-Com Domain atau Nama Domain Local yang Top

Domain Dot-Com dianggap paling rare dan berharga kalau korang dapat buat untuk website korang..

Jika target customer korang adalah orang luar negara, admin galakkan korang guna domain .com, .org ataupun .net.

4. Buat Website yang Senang Diingat dan Dicari

Walaupun pengguna mencari website korang di Google, korang kena pastikan nama domain korang mudah dieja / ditaip.

5. Gunakan Nama Domain yang Pendek

Nama domain yang pendek lebih mudah diingati bebanding nama domain yang panjang dan susah untuk dieja.

6. JANGAN GUNAKAN… Simbol atau Nombor

Ini AMARAN!! Jangan sesekali menggunkan apa-apa simbol atau nombor dalam nama domain korang.

Nanti menyusahkan pengguna bila nak cari di Google.

Admin dah terangkan langkah 1 dan langkah 2.

Untuk langkah 3, anda perlu tunggu dah nantikan article Cara Buat Website – Dalam Masa Sejam (Part 2).

Takpe, slow-slow belajar. Yang penting korang faham apa yang admin sampaikan dalam article ni.

Stay tuned. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca article ni. Sayonara!