Cara Buat Website dalam Masa Sejam (Part 2)

  • Home
  • Tips
  • Cara Buat Website dalam Masa Sejam (Part 2)

Cara Buat Website-Dalam Masa Sejam (Part 2)

MARCH 6, 2018 BY MUHAMMAD HAZMAN

Ha, sekarang masa yang di tunggu-tunggu telah pun tiba.

Tadi admin(Ahmad Naily) telah berkongsi idea tentang pemilihan platform website dan cara membeli domain name.

Sekarang ini, kami pula akan berkongsi cara untuk setup WordPress anda dan cara untuk menampakkan website anda menarik.

Apa tunggu lagi, mari baca apa yang kami nak kongsi.

Install WordPress

Ada 2 kaedah untuk install WordPress ni.

Kaedah mudah(1-click installation) ataupun kaedah susah(manual installation).

Anda nak pilih yang mana?

Mesti ramai akan pilih kaedah mudah kan.

Jadi mari baca cara install WordPress dengan menggunakan kaedah mudah.

Kaedah 1: 1-click installation

Biasanya semua web host mesti ada 1-click installation ni di dalam dashboard.

Di dalam akaun BlueHost, anda akan jumpa servis ini di dalam account control panel (c-panel).

Jika anda menggunakan web host yang lain, servis ini juga berada di dalam lokasi yg sama seperti BlueHost.

Ini adalah langkah yang perlu anda lakukan untuk install WordPress anda.

1) Log in ke dalam akaun web host anda. (Contoh: BlueHost)

2) Pergi ke control panel dalam web host anda (c-panel tau)

3) Tekan “one-click install. (Tekan = click)

4) Cari dan tekan ikon "WordPress".

5) Pilih domain di mana anda nak install website anda.

6) Tekan butang “install now” dan tunggu sampai siap install.

Ni je langkah yang anda perlukan jika anda gunakan servis 1-click installation.

Cara Membuat Website Nampak Menarik

So, anda dah ada domain name, hosting dan anda dah install WordPress.

Tiba lah masanya untuk membuat website anda nampak menarik.

Kebiasannya, WordPress akan install default theme untuk anda mengikut tahun. Gambar di bawah ni contoh WordPress tahun 2017

Theme ni dinamakan Twenty Seventeen dan design nya simple sahaja.

Tapi.

Anda mesti mahukan website anda untuk mempunyai identiti tersendiri yang tidak ramai orang gunakan.

Dalam WordPress terdapat ribuan theme design yang boleh anda gunakan untuk website anda.

Cara Install Theme dan Customize Website

  • Login ke dalam WordPress dashboard anda.

Anda perlu menaip web address anda dan disertakan wp-admin di hujungnya.

Sebagai contoh: http://www.yoursite.com/wp-admin

Setelah login, anda akan di direct ke dashboard WordPress seperti gambar di bawah.

Jika anda lihat dalam gambar di atas, terdapat banyak section di sebelah kiri dashboard.

Nampak memeningkan tapi sekiranya anda mengambil sedikit masa untuk explore section ni.

Anda akan tahu cara gunakan section tu dengan mudah

  • Started with Free Themes

Seperti yang telah kami katakan, WordPress mempunyai ribuan theme yang anda boleh gunakan untuk website anda.

Dalam WordPress theme ni, di dalamnya mempunyai:

  • Complete design or style.
  • Font design.
  • Color themes.
  • Widget locations.
  • Page layout or templates.
  • Style for blog posts and blog archives.
  • Additional Stylistic details.
  • Menu styles / structure
  • In most cases – Responsive design

Bagaimana nak install atau gunakan theme WordPress ni?

Anda perlu klik “Appearance”. Secara default anda masuk ke dalam “Themes”. Lihat gambar di bawah.

Setelah anda masuk ke dalam “Themes”, tekan butang “Add New” yang ada di atas tu. Lihat contoh di bawah.

Anda akan di direct ke dalam page themes di mana anda boleh pilih dan install theme yang anda nak gunakan.

  • Premium Themes

Ni perkara biasa lah kan.

Kalau ada free theme, mesti ada premium theme yang anda boleh beli dan gunakan.

Premium theme ada banyak kelebihannya seperti reliable code base dan superior support jika berlaku sesuatu pada website anda.

Malahan, premium theme mempunyai design yang cantik dan menarik.

Sekiranya anda ingin membeli premium theme ni. Kami cadangkan anda untuk pergi ke envato element.

Sekiranya anda sudah pilih theme yang anda nak gunakan.

Anda tekan butang “Install” dan setelah selesai install anda tekan “Activate untuk menggunakan theme itu.

Lihat gambar di bawah ini.

Anda juga boleh tekan upload theme seperti yang anda lihat berada di atas sekali dalam gambar di atas.

Pastikan file yang di upload itu dalam format .zip file.

Cara Menambah New Page dalam WordPress

Dalam WordPress dashboard sidebar, cari section yang dipanggil “Pages” dan tekan “Add New”.

Di sini anda boleh menambah text, image, video dan banyak lagi. (Rujuk gambar di atas)

Di bahagian atas sebelah kanan skrin, ada 3 butang.

  • Save Draft – Untuk menyimpan page anda.
  • Preview – Untuk melihat hasil kerja anda.
  • Publish – Untuk publish hasil kerja anda.

Cara Menambah Page ke Dalam Menu

Untuk menambah page anda ke dalam navigation bar (menu) website anda.

Ada 4 langkah yang perlu dilakukan.

  1. Save hasil kerja anda(page).
  2. Tekan “Appearance” dan tekan “Menus” di dashboard sidebar.
  3. Page yang anda telah save akan muncul di sebelah kiri skrin. Tick box page yang anda nak masukkan dalam menu.
  4. Tekan “Add To Menu”.

Dalam “Menu Structure” section, anda boleh menyusun mengikut kemahuan anda.

Hanya perlu tekan dan drag ke posisi yang anda mahukan

Cara Untuk Create Blog Post Pages

Untuk membuat page blog, sekurang-kurangnya anda perlulah ada satu atau lebih post terlebih dahulu.

Anda boleh menambah post dengan pergi ke section “Posts” dan tekan “Add New”

Lihat gambar di bawah.

Setelah anda mempunyai satu atau lebih post.

Anda perlu ikut langkah seperti anda membuat satu page. Lihat gambar di bawah dan ikuti arahan yang ditunjukkan.

Install Plugin

Plugin berperanan untuk membantu anda untuk features, usability, tools dan banyak lagi fungsi lainnya.

Kebiasaannya, kami akan install Elementor page builder untuk membantu kami dalam membuat sebuah website.

Terdapat lebih dari 30,000 plugin yang anda boleh gunakan.

Tapi.

Anda perlulah tahu plugin apa yang anda nak gunakan untuk website anda.

Jangan hanya install sahaja pastu tak gunakan.

Nak install plugin pun bukannya susah.

Anda pergi ke section “Plugin” dan tekan “Add New”. Anda akan dibawa ke page plugin seperti gambar di bawah.

Sama juga seperti anda install theme. Anda perlu cari plugin yang anda nak gunakan. Tekan “Install Now” dan tekan “Activate”.

Anda juga boleh upload plugin dengan tekan butang “Upload Plugin” yang berada di atas page plugin.

Lihat gambar di bawah.

Antara kelebihan plugin:

  • Boleh membuat online shopping website.
  • Boleh memasukkan banyak gambar dalam galleri.
  • Boleh menambah security website anda.
  • Boleh membuat contact form atau sign up form.

Banyak lagi kelebihan plugin ni sebenarnya.

Anda boleh search untuk memahami fungsi plugin untuk anda gunakan dalam website anda.

Kesimpulan

Tamatlah sudah perkongsian untuk bahagian kedua artikel ini.

Bahagian ini merupakan bahagian yang panjang dan sukar untuk kami kupas.

Bukannya senang untuk menceritakan cara install WordPress, cara install theme, cara install plugin dan create page, blog dan menu.

Harapnya dengan apa yang kami kongsi ini dapat membantu anda untuk membuat sebuah website dengan cepat dan cantik.

Minta maaf sekiranya ada kekurangan dari segi perkongsian kami ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.