Apa Itu SEO?

google seo

SEO? Apa tu?

Mesti ada di antara pembaca yang tertanya-tanya.

“Saya pernah dengar SEO, tapi saya tak pernah tahu pun apa tu SEO?”

Dulu saya pon tak tahu apa benda la SEO ni. Tapi lepas saya tahu, Alhamdulillah..dari ilmu ini lah saya cari rezeki. Anda pun mesti boleh.

Ok, sekarang jom kita belajar apa yang dikatakan SEO tu.

SEO adalah singkatan dari Search Engine Optimization. Masih tak faham kan?

Haa memang belum faham sebab belum diterangkan lagi. Kalau macam tu jom sambung baca dan fahamkan. Mana la tahu, dari pembacaan ini anda dapat buat income beribu-ribu sebulan. InsyaAllah.

Definisi Search Engine Optimization

SEO adalah proses untuk meningkatkan ranking laman web anda di browser. Senang cerita SEO adalah cara supaya laman web anda berada di halaman pertama Google apabila dicari oleh visitor.

Misalnya, anda memiliki sebuah laman web sendiri. Contoh disini laman web Nazril Idrus.

Setelah laman web anda berjaya di-SEO-kan, ini adalah hasilnya.

Begitulah ilustrasi SEO yang aktif. Laman web anda akan mudah dicari oleh visitor.

Jadi, apa keuntungannya?

“Tadi cakap boleh buat income beribu-ribu. Dari mana datangnya income tu?”

Haa mai sini saya nak cerita. Menarik ni.

Apabila laman web anda mudah dijumpai, maka semakin ramai lah visitor yang akan buka laman web anda.

Maka apabila semakin ramai visitor, semakin tinggi kepercayaan orang terhadap laman web anda.

Sekiranya laman web anda merupakan laman web e-commerce, impaknya sangat tinggi dan memberi peningkatan kepada sales harian anda. Simple kan.

Cuba tengok laman web seperti Zalora, Lazada, Shopee dan 11street. Laman web ini sangat popular untuk online shopping. Kalau kita search pun, laman web mereka akan berada di halaman pertama Google. Hebat!

Tapi..itu lah, untuk berjaya bukan sesuatu yang mudah. Tak boleh juga goyang kaki saja untuk dapatkan income yang lumayan. Tengok saja lah Dato’ Alif Syukri, nampak mewah kan. Teringin nak jadi macam dia. Kita pun mesti boleh.

Dah tahu apa itu SEO, tapi bagaimana caranya?

“Ooo…baru saya tahu apa itu SEO..tapi saya tak tahu la cara-caranya. Macam mana?”

Takpe…tak tahu jangan gelabah, kami akan beritahu. 

Mari kita explore dengan lebih mendalam Teknik Buat Artikel SEO dengan Cara yang Betul

Ok guys. 

Semoga terus sukses dalam apa jua bidang anda.