7 Tips Ringkas Menulis Web Content Yang Memujuk

  • Home
  • Tips
  • 7 Tips Ringkas Menulis Web Content Yang Memujuk

7 TIPS RINGKAS MENULIS WEB CONTENT YANG MEMUJUK

FEBRUARY 28, 2018 BY AHMAD NAILY

Ini adalah kesalahan yang biasa.

Penulis web yang berpengalaman juga pernah melakukannya.

Apabila menulis web content, siapa yang anda fikirkan?

Adakah gambar yang digunakan mampu menarik perhatian pengunjung membaca content yang ditulis?

Penulis biasanya melayan pengunjung seperti manusia biasa yang suka membaca.

Pengunjung web adalah pemburu maklumat atau sesuatu produk. Mereka membuat keputusan tanpa berfikir.

Bagaiman cara untuk memujuk mereka membuat keputusan bila membaca content website anda?

Biar saya terangkan…

Dibawah adalah 7 tips ringkas menulis web content yang memujuk.

Bersedia?

1. LAYAN PENGUNJUNG SEPERTI PEMBURU

Pengunjung anda memburu maklumat atau produk untuk dibeli – seperti harimau yang kelaparan memburu mangsa mereka.

Apabila harimau menghidu jejak mangsanya, ia akan cepat berfikir.

Adakah bau yang dijejak makanan yang sedap? Mudahkah ia untuk ditangkap?

Sama macam pengunjung web kita.

Mereka akan membuat keputusan sama ada untuk terus membaca atau tidak.

Seperti gambar di atas, pengunjung akan tertarik dengan website anda sekiranya website anda menarik dan ringkas.

Kalau website anda kelihatan terlalu banyak pilihan, mereka akan beralih mencari webiste yang lain.

2. TULIS MAKLUMAT YANG PALING PENTING DAHULU

Menulis web content berbeza daripada menulis karangan di atas kertas.

Karangan mempunyai struktur penulisan yang tersendiri iaitu pendahuluan, isi dan penutup.

Penulisan web content pula berlawan dengan karangan – tulis maklumat yang penting dahulu.Statement ringkas dan padat lebih menarik perhatian mereka.

Contohnya gambar di bawah, website wan yusof mempunyai interface yang simple dan statement yang ringkas tentang article website tersebut.

Bila mereka tahu apa yang anda buat, mereka akan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang anda.

3. JANGAN CUBA MENJADI TERLALU PANDAI ATAU KREATIF

Pengunjung tiada masa untuk membaca satu per satu perkataan yang anda tulis.

Content yang menarik dan ringkas mampu membuatkan mereka berfikir. Adakah mereka memperolehi apa yang mereka mahu?

Tulis web seperti menulis untuk orang berumur 12 tahun kerana ia mendorong mereka untuk lebih membaca.

Berhati-hati ketika menggunakan lawak dalam ayat anda – takut pengunjung tak faham.

4. TULIS UNTUK SCANNER

Berapa ramai pengunjung membaca website?

Tentu sekali ramai!

Kajian menunjukkan hanya 16% pengunjung membaca perkataan dalam web satu per satu. Selebihnya scan sahaja.

Bagaimana menulis content untuk scanner?

  • Headline mesti berkaitan dengan apa yang anda tulis.
  • Gambar yang digunakan membantu mesej jualan.
  • Tajuk kecil merumuskan kata kunci yang digunakan.

Gambar di atas mempunyai ciri-ciri content yang sesuai untuk scanner membaca.

5. GUNA PERKATAAN YANG MUDAH DIFAHAMI

Bayangkan anda mahu menempah bilik ketika bercuti ke Pulau Redang dan mencari harga bilik yang murah.

Apa yang anda akan cari?

Bilik selesa berharga murah? Bilik berpatutan dengan harga murah? Atau bilik hotel murah? Semestinya bilik hotel murah.

Perkataan yang senang adalah perkataan yang paling banyak digunakan.

Bila tulis web content, gunkan perkataan yang mudah difahami. Pengunjung tidak mahu membaca perkataan yang mereka sendiri tidak faham.

6. TULIS UNTUK PEMBACA YANG MALAS

Ada pengunjung website yang tidak mahu berusaha membaca content anda. Seperti harimau yang malas mengejar mangsanya untuk jadikan makan malam.

Jadikan content web anda dengan:

  • Gunakan perenggan pendek – maksimum 4 ayat;
  • Gunakan ayat pendek – purata 12 perkataan;
  • Elakkan perkataan tidak perlu;
  • Elakkan perkataan pasif;
  • Elakkan pengulangan ayat;
  • Jadikan web content pendek.

SifuFBads adalah contoh webiste yang menulis content web mudah dibaca.

7. GUNAKAN VISUAL YANG MEMUKAU

Design dan content web perlu berkerja bersama.

Anda tidak boleh menulis content web tanpa menghiraukan bagaimana rupa website anda.

Design webiste anda memberi impak yang besar kepada pembaca dan membolehkan mereka mendapatkan apa yang mereka cari.

Bagaimana cara membuat visual content web anda:

  • Gunakan gambar atau video;
  • Tetapkan saiz huruf – pembaca akan membaca tulisan besar dahulu
  • Gunakan petikan kata daripada pelanggan atau pakar;
  • Bermain dengan highlights, ketebalan huruf, HURUF BESAR, dan italic;
  • Pecahkan tajuk kepada beberapa tajuk kecil
  • Ubah perenggan kepada isi penting

KESIMPULAN

Nak memujuk ni bukannya mudah. Perlukan teknik dan cara yang betul.

Kalau salah teknik, silap haribulan loyal customer pun boleh lari sebab anda tak pandai memujuk.

Admin harap tips ringkas ini dapat membantu anda improve cara anda menulis web content.

Share tips ni kepada orang ramai.

Sedikit sebanyak dapat membantu mereka dan memberi manfaat kepada anda.

Jumpa lagi. Terima kasih kerana membaca. Sayonara!