7 Rahsia Penulis Artikel SEO Yang Profesional

Apa sebenarnya rahsia penulis artikel profesional?

Penulisan website artikel sangat-sangat penting bagi pengurusan media sosial anda. 

Secara asasnya penulisan artikel yang ringkas tapi padat adalah salah satu cara mudah untuk menarik lebih banyak visitor ke laman web anda.

Yes..memang boleh je kalau anda rasa nak tulis je artikel panjang berjela dan expect akan ada pembaca yang datang melawat website anda. 

Tapi..untuk penulis artikel SEO yang profesional, mereka berpegang pada:

“If you build it, they will come..but only if you build it the right way”.

Jadi, apa rahsianya? Kalau betul anda nak jadi penulis profesional, teruskan scroll dan baca sampai habis, jangan skip.

Jom! Kami bongkarkan 7 rahsia penulis artikel SEO profesional

1. Buat keyword research

Kalau nak post artikel ke website anda, anda kena ambil masa untuk pastikan Google tahu apa yang anda buat.

Cari keyword atau frasa apa yang selalu visitor taip kat Google dan buat senarai keyword.

Pastikan berapa kali keyword tersebut digunakan dalam artikel anda dan gunakan tools yang sesuai untuk mengesan keyword yang anda gunakan.

Contoh tool: SEMrush

2. Masukkan keyword

Kalau dulu, jadi penulis SEO sekadar letak je keyword dalam artikel, tapi sekarang bukan lagi macam tu.

Ye..keyword tetap kena ada juga dalam setiap artikel, tapi untuk strategi SEO ia kena ada tektik yang berkesan.

Masukkan keyword anda dalam tajuk artikel, dalam 300 perkataan pertama dan dalam headline pertama. Tak semestinya kena ada dalam kedua-duanya, salah satu pun dah cukup – samada dalam tajuk artikel atau headline (H1 atau H2).

Gunakan keyword yang berbeza dan lebih natural.

Anda kena ingat, visitor guna keyword pada search engine sebab nak tahu tentang apa yang dia taip atau dia nak beli. Jadi memang masuk akal lah kalau anda guna keyword yang mereka cari.

Lagi banyak keyword anda, lagi banyak la visitor akan datang ke website anda.

3. Tulis artikel yang menarik perhatian pembaca

Sebelum tulis artikel, tanya diri anda: who cares?

Ramai penulis yang menulis artikel tanpa sebab dan strategi pun. Mereka lupa bahawa yang nak baca artikel itu adalah manusia. Anda bukan menulis untuk algoritma Google, tapi untuk manusia!

Apabila menulis, letakkan diri anda pada situasi sebenar. Feel it.

Apa yang anda boleh tapi orang lain tak boleh? Apa keunikan dalam penulisan anda? Apa info yang anda nak kongsi tapi tiada di tempat lain?

Tiada siapa pun yang tahu tentang anda melainkan diri sendiri. Jadi gunakan kelebihan yang ada. 

Jangan takut untuk bertanya pada yang lebih expert. Kalau anda kreditkan kepada mereka, mungkin mereka akan share artikel anda ke saluran sosial mereka.

Secara tak langsung, ini akan meningkatkan visitor website anda.

4. Tahu teknik asas SEO

Menjadi penulis, bukan sekadar kena tahu menulis. Anda kena juga tahu asas bagaimana untuk memindahkan website atau mengaktifkan HTTPS pada keseluruhan domain anda.

Bukan bermaksud anda perlu tahu JavaScript, tapi serba sedikit mengenai teknik SEO pun sudah memadai untuk anda hasilkan SEO yang baik.

Pertama sekali, anda fahamkan macam mana Google baca halaman-halaman dalam website anda. 

Penulisan artikel bukan sekadar menulis blog, tapi hubungan antara blog itu penting. Jadi setiap blog mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ia dipanggil sebagai backlink. Yes, cara ini sangat membantu.

5. Tak terlalu pendek dan tak terlalu panjang

100 perkataan lebih baik daripada tak ada langsung. Search engine lebih cenderung pada artikel yang lebih panjang. Cuba tulis sekurang-kurangnya 600 patah perkataan, tapi kalau boleh cecah sehingga 1000 patah perkataan, pun bagus.

Banyak kajian menunjukkan bahawa search engine  lebih cenderung pada artikel yang panjang sekurang-kurangnya 2000 patah perkataan.

Semakin panjang artikel anda, semakin bernilai kepada pembaca. Cara ini juga dapat meningkatkan masa pembaca di halaman website anda – lower bounce rate

6. Perhatikan analisis anda

Penulisan SEO ni bukannya free-and-forget. Dah buat, biarkan je terabai. Ohh tak, bukan macam tu. Anda kena monitor artikel anda menggunakan Google Analytics.

Masa yang diperuntukkan oleh pembaca pada website anda adalah sangat penting. Kalau masa tu terlalu singkat menandakan artikel anda tak ada maklumat yang pembaca cari. Maknanya mereka tak tertarik pun dengan artikel anda. Sedih kan, dah buat penat-penat tak ada orang nak baca. Kesian.

Kenalpasti kenapa orang tak suka baca artikel anda. Boleh jadi banyak iklan pop-up, masa loading yang slow atau design yang langsung tak menarik minat mereka untuk stay di halaman website anda.

SEO ni bukan saja perkara yang berkaitan konten artikel je, tapi macam mana pembaca tengok website anda. Kalau layout terlalu padat pun boleh sakitkan mata pembaca.

Jadi, jangan ambil mudah sebab nak menarik minat orang untuk stay lama di website anda tak semudah ABC. Ok?

7. Kemaskini hasil kerja anda

Apa beza penulis biasa dengan penulis profesional? Semak hasil kerja sendiri.

Orang yang profesional pun semak hasil kerja, so kita yang biasa-biasa ni kena lah tiru cara mereka.

Lebih mudah gunakan seperti Microsoft Word, OpenOffice dan Google Docs untuk mengesan kesalahan pada artikel anda.

Jangan menulis terlalu panjang dalam satu perenggan.

Anda disarankan untuk meminta rakan anda menyemak hasil kerja anda sebelum tekan publish. Sebab rakan anda juga adalah pembaca. So dia boleh menilai artikel anda tu menarik atau tak. Mungkin dia boleh komen kesalahan yang anda terlepas pandang.

Anda faham? Kalau rasa belum cukup faham, explore pula Tips Ringkas Menulis Web Content Yang Memujuk